Pelawat

Saturday, July 3, 2010

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Penceramah : Y.Bhg Dr Fatma ElZahra

Ringkasan

Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat/ bulan taubat/ bulan keampunan/ bulan dimana pintu syurga dibuka luas @ pintu neraka di tutup/ bulan dimana syaitan dibelenggu. Sabda nabi s.a.w "Jika umatku tahu kelebihan ramadhan nescaya mereka akan minta satu tahun jadi ramadhan"

Dikenali juga sebagai Ramadhan itu "Karim" yakni pemurah kerana satu ibadah @ kebajikan diberi pahala yang berganda-ganda oleh Allah. Rasullah bersabda "Barang siapa buat satu fardu di ramadhan menyamai 70 fardu dibulan lain. Barangsiapa buat satu sunat di ramadhan menyamai satu fardu dibulan lain"

Diantara persiapan untuk menghadapi Ramadhan adalah :-
(A) Muhasabah diri
Dengan mengenal pasti kelemahan diri untuk diperbaiki seperti mengumpat, membebel, kedekut, derhaka pada ibubapa atau suami dsbnya.

(B) Taubat Nasuha (taubat yang diterima oleh Allah)
Allah suka pada orang yang taubat.
FirmanNya "Tidak cukup luas bagi Aku bumi Aku, Tidak cukup luas bagi Aku langit Aku, tidak sama luas dengan hati hambaKu yang taubat" Hadis qursi.


(C) Muqarabah (jujur dan yakin bahawa Allah melihat apa yang kita perbuat). Firman Allah " Aku buat puasa ini satu rukun islam kepada kamu seperti umat-umat yang terdahulu harap kamu bertakwa". Puasa adalah ubat untuk umat islam bekerja dan bertakwa selain dari menahan lapar dan dahaga.

Dengan berpegang pada prinsip ini boleh menjadikan seseorang itu seorang yang berkualiti, sembahyang khusyuk, puasa yang diterima(khusus). Puasa umpama letakkan nafsu di ICU selama sebulan. Ia merupkan latihan agar apabila ramadhan berakhir jika diberi hidayah oleh Allah kita akan terus berada dalam prinsip muslim yang sebenar.

(D) Mujahadah (lawan nafsu)
Jangan membazir kerana ia adik-beradik syaitan. Berbelanja haruslah mengikut logik dan berpatutan. Harus kawal nafsu terutama ketika menyediakan juadah berbuka puasa. Sebenarnya cara nak lawan nafsu adalah dengan berpuasa tapi ramai yang rugi kerana rosaknya pahala puasa kerana membazir.

Jika kita kemasjid buat tarawih dengan khusyuk, dengan ikhlas, tak ganggu orang dari mula mengikut imam sehingga imam selesai doa dapat pahala qiamulai satu malam. Kalau imam buat 20 rakaat kita cuma buat 8 rakaat tidak dikira sebagai qiamulai tapi dapat pahala tarawih sahaja.

Ada hadis khas menyatakan :-
"Barangsiapa buat qiamulai dengan cukup iman, dengan cukup khusyuk, hormat pada imam, sama imam dari mula sehingga selesai Allah akan ampunkan semua dosanya (buku baru)"

Doa sangat penting dalam ramadhan. Doa orang ketika buka puasa mustajab(mudah makbul). Buka puasa sedikit sahaja dengan air & tamar kemudian ambil masa sendiri dan berdoa.Perlu yakin dan ikhlas kerana ada hadis sahih. Nabi bersabda "Bagi orang puasa ada saat doa mustajab tidak ditolak oleh Allah iaitu ketika buka puasa"
Nabi berpesan "Lagi afdal sahur lambat"

Bangun sahur adalah suatu latihan supaya kita boleh bangun pukul 5 pagi tiap-tiap hari walaupun bukan bulan ramadhan duduk atas tikar sembahyang beristighfar sambil menunggu subuh masuk kerana waktu ini berkat dan tuhan atur rezeki


No comments:

Post a Comment