Pelawat

Thursday, July 15, 2010

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Parlimen Wangsa Maju

Satu Majlis Tilawah Akan di Adakan di Ketetapan Berikut:

MAJLIS TILAWAH ALQURAN
PERINGKAT PARLIMEN WANGSA MAJU
(Peringkat Saringan)
Tema "Memantap Ummah Memperkasa Umat"

Tarikh : 18 Julai 2010M / 6 Syaaban 1431H
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Madrasah Islahiah Addiniah, Taman Ibukota, Setapak Kuala Lumpur.

PENDUDUK SEKITAR WANGSA MAJU DIJEMPUT HADIR

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BERSAMA KELUARGA

Wednesday, July 14, 2010

Program Sempena Bulan Ramadhan 1431H/2010M di Madrasah Islahiah Addiniah Taman Ibukota Kuala Lumpur

AJK Madrasah Islahiah Addiniah Taman Ibukota, Kuala Lumpur telah mengatur program berikut untuk bulan Ramadhan 1431H. SILA DATANG BERAMAI-RAMAI UNTUK SAMA-SAMA MENYEMARAKKAN LAGI PROGRAM.

1) Ceramah Perdana menyambut Ramadhan
a) Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
b) Masa : 3.15 Petang
c) Penceramah : YBhg Dato' Dr. Fathma AlZahra
d) Tajuk : Memuliakan Ramadhan

2) Majlis Tahlil menyambut Ramadhan
a) Tarikh: 5 Ogos 2010 (Khamis malam Jumaat)
b) Masa : 7 malam

3) Gotong Royong membersihkan surau
a) Tarikh: 8 ogos 2010
b) Masa : 9 pagi

4) Majlis Tahlil dan Tadarus dalam bulan Ramadhan
- Majlis ini akan diadakan setiap malam bulan Ramadhan yang mulia ini.
InsyaAllah pada Ramadhan, Imam tahfiz akan memimpin solat Isyak dan
Tarawih.

5) Majlis Berbuka Puasa harian akan diadakan disepanjang bulan Ramadhan


6) Majlis Khatam AlQuran
a) Tarikh : Malam 27 Ramadhan
b) Masa : Selepas Solat Tarawih
c) Program : Solat Isyak dan Tarawih
Tahlil
Majlis Khatam ALQuran
Penyampaian cenderahati kepada peserta Tadarus

7) Takbir Hari Raya
- Rombongan takbir hari raya akan diadakan pada malam hari raya selepas
solat Isyak

8) Solat Sunat Hari raya
- Solat sunat hari raya akan diadakan jam 8.30 pagi

Pihak AJK Madrasah Islahiah Addiniah taman Ibukota memohon jasabaik Dato'/Datin/Tuan/Puan sekiranya sudi memberi sumbangan ikhlas untuk membantu kami dalam menjayakan program di atas.

BORANG SUMBANGAN BOLEH DIPEROLEHI DI MADRASAH ISLAHIAH ADDINIAH TAMAN IBUKOTA, KUALA LUMPUR ATAU MELALUI AJK MADRASAH



Tuesday, July 13, 2010

Mengambil Iktibar dari Peristiwa Israk & Mikraj

Dalam tempoh bulan rejab dan syaaban ini banyak ceramah memfokuskan topik Israk dan Mikraj. Saban tahun ingatan demi ingatan telah diperbaharui kepada semua supaya mengambil iktibar dari peristiwa israk dan mikraj nabi Muhammad (s.a.w). Ramai yang telah tahu apa yang nabi telah lihat keadaan umat-umatnya semasa pengembaraan baginda selepas Isyak dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian naik ke Sidratul Muntaha (di atas langit ke tujuh) dan turun ke bumi di Masjidil Haram sebelum waktu Subuh.

Perkara besar yang dihighlight (perintah dan larangan) dalam peristiwa tersebut ialah

1. Berdoa
2. Membelanjakan harta benda kerana Allah
3. Menginfakkan Harta
4. Mesti sanggup mempertahankan aqidah Islam
5. Mendirikan Solat (jangan sesekali meninggalkan solat)
6. Mengeluarkan zakat harta
7. Jangan melakukan zina
8. Jangan mencuri atau mengambil hak orang lain
9. Menjaga Amanah yang diberikan
10. Jangan Mengumpat
11. dan beberapa lagi.... sila cari dan buat checklist supaya kita termasuk orang-orang yang mengikut perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.

Sunday, July 11, 2010

Jemaah Lelaki Waktu Maghrib telah melebihi 60 orang

Syukur Alhamdulillah bilangan jemaah maghrib di Madrasah Islahiah Addiniah Taman Ibukota sejak kebelakangan ini telah meningkat purata 60 Jemaah setiap kali waktu maghrib. Ini berbeza dua bulan lalu iaitu dalam lingkungan 20-40 orang sahaja. Saya berharap bilangan ini dapat dikekalkan bagi waktu-waktu lain juga (Subuh, Zohor, Asar dan Isyak).

Pada masa sekarang Jemaah Subuh dalam lingkungan 30-50 jemaah sahaja.

Penduduk sekitar Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota dan Taman Setapak Indah silalah datang untuk menceriakan lagi Madrasah kita.

Wassalam

Sunday, July 4, 2010

JADUAL CERAMAH BULAN JULAI 2010

3 Julai (Sabtu), Ceramah Khas 3.15-4.30 ptg, Oleh Y.Bhg Dato' Dr. Fatma ElZahra M.Ramadan, Tajuk Memuliakan Ramadan

4 Julai (Ahad), Kuliah Subuh 6.15-7.15 pg, Oleh Mej. Mohd Nasir Azit, Tajuk Peranan dan Tanggungjawab Dakwah

6 Julai (Selasa), Kuliah Maghrib 7.45-8.45 mlm, Oleh Y.Bhg Datuk Kamal Muhamad, Tajuk Bicara Solat

10 Julai (Sabtu), Kuliah Subuh 6.15-7.15 pg, Oleh Ust Shahrul Akbar Nukman, Tajuk Tazkiratulmaut

10 Julai (Sabtu), Program Kaum Ibu, 3.00-4.00 ptg, oleh Ust Osman Hassan, tajuk Quran dan Tajwid

13 Julai (Selasa), Kuliah Maghrib, 7.45-8.45 mlm, oleh Ust Musa Mohd Noh, Tajuk Kitab Hadith

18 Julai (Ahad), Kuliah Subuh, 6.15-7.15 pg, oleh Y.Bhg Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Tajuk Adat Islam

21 Julai (Rabu), Kuliah Maghrib, 7.45-8.45 mlm, oleh Ust Shihabuddin Alang Mat Piah, Tajuk Keberkatan Hidup

24 Julai (Sabtu), Kuliah Subuh, 6.15-7.15 pg, oleh Y.Bhg Dato' Md Daud Che Ngah, Tajuk Perjalanan Roh

24 Julai (Sabtu), Program Kaum Ibu, 3.00-4.00 ptg, Ust Osman Hassan, Tajuk Quran dan Tajwid

28 Julai (Rabu), Kuliah Maghrib, 7.45-8.45 mlm, Ust Abdullah Mahmood, Tajuk Mustajab Doa

30 Julai (Jumaat), Kuliah Maghrib, 7.45-8.45 mlm, Ust Wahidin Sukarno, Tajuk Konsep Ibadah


Datanglah beramai-ramai.

Sekian, jumpa semula untuk bulan Ogos nanti.



Saturday, July 3, 2010

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Penceramah : Y.Bhg Dr Fatma ElZahra

Ringkasan

Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat/ bulan taubat/ bulan keampunan/ bulan dimana pintu syurga dibuka luas @ pintu neraka di tutup/ bulan dimana syaitan dibelenggu. Sabda nabi s.a.w "Jika umatku tahu kelebihan ramadhan nescaya mereka akan minta satu tahun jadi ramadhan"

Dikenali juga sebagai Ramadhan itu "Karim" yakni pemurah kerana satu ibadah @ kebajikan diberi pahala yang berganda-ganda oleh Allah. Rasullah bersabda "Barang siapa buat satu fardu di ramadhan menyamai 70 fardu dibulan lain. Barangsiapa buat satu sunat di ramadhan menyamai satu fardu dibulan lain"

Diantara persiapan untuk menghadapi Ramadhan adalah :-
(A) Muhasabah diri
Dengan mengenal pasti kelemahan diri untuk diperbaiki seperti mengumpat, membebel, kedekut, derhaka pada ibubapa atau suami dsbnya.

(B) Taubat Nasuha (taubat yang diterima oleh Allah)
Allah suka pada orang yang taubat.
FirmanNya "Tidak cukup luas bagi Aku bumi Aku, Tidak cukup luas bagi Aku langit Aku, tidak sama luas dengan hati hambaKu yang taubat" Hadis qursi.


(C) Muqarabah (jujur dan yakin bahawa Allah melihat apa yang kita perbuat). Firman Allah " Aku buat puasa ini satu rukun islam kepada kamu seperti umat-umat yang terdahulu harap kamu bertakwa". Puasa adalah ubat untuk umat islam bekerja dan bertakwa selain dari menahan lapar dan dahaga.

Dengan berpegang pada prinsip ini boleh menjadikan seseorang itu seorang yang berkualiti, sembahyang khusyuk, puasa yang diterima(khusus). Puasa umpama letakkan nafsu di ICU selama sebulan. Ia merupkan latihan agar apabila ramadhan berakhir jika diberi hidayah oleh Allah kita akan terus berada dalam prinsip muslim yang sebenar.

(D) Mujahadah (lawan nafsu)
Jangan membazir kerana ia adik-beradik syaitan. Berbelanja haruslah mengikut logik dan berpatutan. Harus kawal nafsu terutama ketika menyediakan juadah berbuka puasa. Sebenarnya cara nak lawan nafsu adalah dengan berpuasa tapi ramai yang rugi kerana rosaknya pahala puasa kerana membazir.

Jika kita kemasjid buat tarawih dengan khusyuk, dengan ikhlas, tak ganggu orang dari mula mengikut imam sehingga imam selesai doa dapat pahala qiamulai satu malam. Kalau imam buat 20 rakaat kita cuma buat 8 rakaat tidak dikira sebagai qiamulai tapi dapat pahala tarawih sahaja.

Ada hadis khas menyatakan :-
"Barangsiapa buat qiamulai dengan cukup iman, dengan cukup khusyuk, hormat pada imam, sama imam dari mula sehingga selesai Allah akan ampunkan semua dosanya (buku baru)"

Doa sangat penting dalam ramadhan. Doa orang ketika buka puasa mustajab(mudah makbul). Buka puasa sedikit sahaja dengan air & tamar kemudian ambil masa sendiri dan berdoa.Perlu yakin dan ikhlas kerana ada hadis sahih. Nabi bersabda "Bagi orang puasa ada saat doa mustajab tidak ditolak oleh Allah iaitu ketika buka puasa"
Nabi berpesan "Lagi afdal sahur lambat"

Bangun sahur adalah suatu latihan supaya kita boleh bangun pukul 5 pagi tiap-tiap hari walaupun bukan bulan ramadhan duduk atas tikar sembahyang beristighfar sambil menunggu subuh masuk kerana waktu ini berkat dan tuhan atur rezeki


Ceramah Persediaan Ramadhan 3 Julai 2010

Ceramah akan di adakan di madrasah Islahiyah Addiniyah Taman Ibu Kota pada 3.15 petang dan telah disampaikan oleh Y.bhg Datuk Dr. Fatma Al-Zahra. ramai yang hadir terutamanya wanita. Alhamdulillah penyampaiannya amat berkesan dan menusuk jiwa.

Jangan lupa esok pagi 4 Julai 2010 (Ahad) jam 6.15 pagi ada Kuliah Subuh.

Datanglah beramai.

Thursday, July 1, 2010

Ceramah Isra Miraj di Surau AlFalah Danau Kota

Salam! Ceramah Isra Miraj di Surau alfalah danau Kota malam ini (1/7/2010) lepas solat maghrib oleh ustaz Fadzlan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tuan/Puan dijemput hadir.
dari Hj Rahim