MADRASAH ISLAHIAH ADDINIYAH, TAMAN IBU KOTA, KUALA LUMPUR akan menganjurkan
BENGKEL WANITA yang bertajuk "
SEMANIS SENYUMAN SEGUNUNG HARAPAN" pada
3 April 2011.
RasionalWanita dan keluarga adalah sinonim dengan Keluarga Bahagia yang merupakan unit terpenting dalam hidup bermasyarakat yang beragama. Rosak wanita rosak keluarga terancamlah masa depan anak, dan masyarakat dan bangsa dunia dan akhirat. Dunia mengakui kontrak tertua adalah kontrak perkahwinan. Jika kontrak ini tidak dihayati maka hilanglah manisnya hidup berkeluarga. Dengan sebab itulah dislogankan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
"Rumah Ku Syurga Ku".Ini kerana wanita dan institusi kekeluargaan menentukan corak dan sahsiah generasi yang akan terhasil sebagai hamba Allah, Khalifah Allah dan Calon Syurga Allah di dunia yang membangun Bangsa, yang akan membangunkan agama sebagai umat Nabi dan hamba Allah. Malah dikaitkan "Kualiti Wanita Penentu Kecemerlangan Anak". Menyedari pentingnya peranan wanita dalam membangun keluarga seimbang demi pembangunan cemerlang jiwa, minda dan sahsiah anak ini maka "Bengkel Wanita Semanis Senyuman Segunung Harapan" ini diadakan.
ObjektifPada akhir sisi bengkel ini peserta akan dapat:
1. Membina visi dan misi keluarga dan kerjaya secara seimbang
2. Mengetahui kaedah mengurus minda, perasaan dan hati secara berkesan dalam pengurusan keluarga
Kandungan1. Pengurusan akal, perasaan dan hati seimbang dalam Keluarga
2. Komunikasi Asertif dan pengurusan Stres dalam keluarga.
Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Dr Robiah K. Hamzah dan pembantu. Sesi dilaksanakan dalam bentuk interaksi dua hala dalam bentuk soal jawab, main peranan dan kerja kumpulan.
Bilangan peserta adalah terhad kepada RM50 orang sahaja dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM20 seorang.Jadual Program
Hari/Tarikh : Ahad/3 April 2011
Tempat : Madrasah Islahiyah Addiniyah Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur
9.00-10.30pg - Komunikasi Asertif Dalam Keluarga
11.00-1.00ptg : Pengurusan Minda, Perasaan Dan Hati Penentu Keluarga Bahagia
1.00-2.30ptg : Solat Zohor dan Makan Tengahari
-----------------------------------POTONG DI SINI ---------------------------------
MADRASAH ISLAHIYAH ADDINIYAH, TAMAN IBU KOTA, KUALA LUMPUR
BORANG PENDAFTARAN
PROGRAM BENGKEL WANITA
"SEMANIS SENYUMAN SEGUNUNG HARAPAN"
PADA 3 APRIL 2011 (AHAD)
____________________________________________________________________________________
Nama : ..............................................No. K/P : .....................
Alamat: ............................................................................
............................................................................
No Tel (R): ...................................., No Tel (HP) : ....................
Bersama ini disertakan bayaran kehadiran sebanyak RM20.00
Terima kasih,
.................. ..............
(Tandatangan) (Tarikh)